I want to share dua hadis dari Rasulullah s.a.w,
Ibu menyusukan anak adalah penting, tugas mulia dan tanggungjawab ibu.
Sabda baginda s.a.w :
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.
Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan memperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya).
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”
Even though non muslim medical doctors has written lots of value and benefits of breastfeeding, wanita Islam sejati tidak memerlukan dorongan dan penjelasan orang lain kerana Rasulullah s.a.w. telah menerangkannya untuk melakukannya sebagai amalan, kewajipan fitrah. Cuma sedikit masa untuk membaca, sekaligus menyebarkan dikalangan kaum ibu.
Monday, November 30, 2009
Hadis dari Rasulullah S.A.W
Posted by Rohana Rahmat at Monday, November 30, 2009Nutrisi ketika menyusukan bayi
Posted by Rohana Rahmat at Monday, November 30, 2009Pelan pemakanan ibu menyusu
Menyusukan bayi menggunakan 500 kalori setiap hari. Kebanyakan tenaga ini diambil daripada simpanan lemak ketika ibu itu hamil. Justeru, kebanyakan wanita hamil mengalami pertambahan selera makan. Rasa lapar dan dahaga memang menjadi kelaziman dalam tempoh hamil.
Ibu menyusu bukan saja perlu mengisi pelan pemakanan mereka dengan makanan bernutrisi tinggi, tidak berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi saja. Keperluan pada protein, kalsium, folik dan vitamin C dan A juga perlu diberi perhatian. Keperluan ini harus diseimbangkan dengan pengambilan makanan yang sepatutnya.
Ibu menyusu juga harus minum air lebih daripada biasa dan mengelak daripada meminum teh, kopi atau minuman bersoda dan alkohol.
FAKTA
Kalori - Ibu yang menyusu memerlukan minimum 1,800 kalori sehari. Jika dia menyusukan bayi kembar, keperluan kalori itu bertambah. Selera ibu adalah panduan terbaik pada keperluan tenaga. Jika berat badan anda kurang antara satu ke empat paun dalam sebulan dalam tempoh menyusukan bayi, itu tandanya anda tidak menikmati makanan dengan secukupnya.
Wanita yang terlebih berat atau wanita yang berat badannya bertambah dengan banyak ketika hamil, mungkin boleh mengurangkan empat hingga enam paun dalam sebulan tanpa menjejaskan produksi susu untuk bayi. Tetapi menjadi kembali langsing dalam tempoh yang drastik sepatutnya dielakkan bagi ibu yang menyusukan bayi.
Protein - Keperluan protein bertambah ketika menyusukan bayi. Tetapi pastikan anda memasukkan pengambilan protein yang secukupnya. Protein harus ada dalam dua kali pengambilan makanan sehari. Daging, ikan, kacang, tofu, telur dan produk rendah lemak adalah sumber protein terbaik.
Kalsium - Keperluan kalsium ketika menyusukan bayi banyak tersimpan ketika hamil jika anda mengambil sekurang-kurangnya tiga atau empat makanan berkalsium setiap hari.
Cecair - Penghasilan susu badan memerlukan air. Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 cawan air setiap hari. Tetapi elakkan pengambilan minuman kafien kerana ia akan mengalirkan menerusi susu dan memberi kesan pada bayi.
Makan makanan atau snek secara tetap dan makan pelbagai makanan. Cuba masukkan senarai ini dalam diet anda setiap hari; susu, keju atau yogart, daging,ikan, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang harus dielak
Ada sesetengah orang percaya bawang putih, halia, buah citrus perlu dielakkan jika anda menyusu badan. Tetapi ada baiknya anda mendapatkan kepastian daripada doktor anda kerana ia mungkin mengurangkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
Minuman beralkohol akan menjejaskan susu badan membuatkan ia berubah bau yang akan memberi kesan pada bayi walaupun jumlah yang anda minum sangat kecil.
Disarankan untuk mengelak makanan yang boleh menimbulkan alahan jika anda berhadapan dengan masalah alahan.
Nutrisi terbaik daripada ibu
Posted by Rohana Rahmat at Monday, November 30, 2009MEMBERI yang terbaik untuk anak anda ialah tanggungjawab tanpa kompromi. Justeru, memberi susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya hingga dia berusia enam bulan satu pilihan yang sangat bijak.
Susu ibu yang tidak boleh dipertikaikan adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan. Selain mengandungi antibodi, ia memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan dan pertumbuhan minda bayi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.
Banyak laporan dibentangkan menjelaskan keupayaan susu ibu yang diberi kepada bayi secara eksklusif membantu bayi kurang berhadapan dengan risiko sakit perut, jangkitan pada telinga, masalah pernafasan atau jangkitan kencing yang kebanyakannya berpunca daripada penyusuan botol.
Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.
Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.
Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.
Jenis susu ibu
Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
Rujukan: Berita Harian
RESIPI IBU MENYUSU
Posted by Rohana Rahmat at Monday, November 30, 2009Resipi nie boleh la dicuba.. untuk banyakkan susu, insyaAllah boleh.. Yang penting YAKIN..! Tapi perlu diingat, makan lah apa pun untuk banyakkan susu tapi kalau tak kerap pam & pam; tak kerap susukan anak, tak menjadi juga.. ok..? lagipun makanan ni berkhasiat utk jaga badan..
Sup Lobak Putih
Bahan-Bahan nye :
Sebatang lobak putih
4 ulas bawang merah
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar ikan bilis
Setengah cawan hirisan ayam
Sedikit minyak untuk menumis
500ml air
Cara-cara nye :
Bersihkan lobak & potong mengikut kesukaan anda.
Tumbuk lada hitam sehingga hancur.
Masukkan bawang besar & tumbuk sehingga lumat.
Masukkan ikan bilis & tumbuk kasar.
Panaskan periuk. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
Masukkan ayam & lobak, kacau sebati.
Masukkan air & garam secukup rasa. Masak lobak sehingga empuk.
Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan nye :
Sebiji jantung pisang
3 bj bawang merah
3 sudu kerisik
Setengah sudu belacan
3 sudu besar udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis
Garam secukupnya
Cara-cara nye :
Jantung pisang direbus sehingga empuk & dihiris halus.
Tumbuk bawang merah, belacan, udang kering & cili merah sehingga lumat.
Campurkan jantung pisan, kerisik serta bahan yang ditumbuk & gaul sehingga sebati.
Masukkan perahan limau nipis serta garam & gaul rata.
Bubur Oat Ayam
Bahan-bahan nye :
Secawan oat
Sedikit hirisan ayam
Lobak dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam dikisar
1 ulas bawang putih
Setengah biji bawang besar
Sedikit halia
Sesudu sos tiram
Garam secukupnya
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cara-cara nye :
Masukkan oat, air ayam, lobak, bawang putih, bawang besar, halia, sos tiram & garam ke dalam periuk.
Masak menggunakan api yang perlahan sehingga empuk.
Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & tambahkan lada hitam sebagai perasa.
Wednesday, November 18, 2009
Gejala bayi tak cukup susu & cara mengatasinya
Posted by Rohana Rahmat at Wednesday, November 18, 2009Dilema ni selalu menghantui ibu-ibu terutama ibu bekerja. Tak usah kata yang bekerja, yang tak kerja pun kadang-kadang terlintas perkara ni. Terutama kalau anda baru je beranak 8 jam yang lepas.
Jangan risau kalau bayi tak berhenti menangis selepas bersalin. Dia bukan tak cukup susu tapi tak cukup hangat!
Tetapi jika anda dah BF selama 2-3 bulan dan mengalami masalah kekurangan susu, anda jangan risau. Banyak cara penyelesaiannya.Yang penting,, anda kena tahu konsep BF iaitu demand vs. supply.
Walau apa pun petua yang anda amalkan, MESTI kerapkan menyusu dan mengepam.
Di sini saya ingin berkongsi tips-tips membanyakkan susu yang saya amalkan selama ni..
1. Bebaskan diri dari stress!
Kadang-kadang bukan je stress bekerja atau stress jaga anak, kurang susu pun boleh buat stress melampau. Jadi jangan fikirkan tentang susu anda kurang atau anda tiada susu. Fikirkan macamana nak banyakkannya. Pastikan anda dapat rehat yang cukup!
2. Jangan lupa minum air!
Anda tak perlu minum 5 gelen sehari. Tapi jangan kurang dari 8 gelas sehari. Tapi ibu BF biasanya cepat haus dan lapar. Jadi, rasanya tak ada masalah tentang ni.
3. Ambil makanan penambah susu.
Tak perlu beli herba yang mahal-mahal. Cukup dengan apa yang ada di dapur anda seperti sayuran hijau, halba dan bawang putih.
4. Berurut.
Selain dari melancarkan urat susu, urutan badan juga memberikan kesegaran kepada badan. So, badan pun rasa sedap je. Kalau susu anda banyak sangat sampai melimpah, jangan pula jadikan tu masalah! Bagus kan susu banyak? Dah banyak tu jangan lupa buat stok ya!
Dah banyak ibu yg dapat manfaat daripada SusuSihat. Anda pula bagaimana?
Tuesday, November 17, 2009
Petua Penjagaan Wajah Dengan Sayur-Sayuran
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegaga, lobak merah, terung muda dan cekur.
Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut;
Daun Pegaga:
1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.
2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.
3. Campurkannya dengan sedikit air.
4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.
5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.
6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.
Lobak Merah:
Anda boleh melihat pada artikel lepas bertajuk Atasi Masalah Kulit Berkedut.
Terung Muda:
1. Ambillah sebiji terung muda.
2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.
3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.
4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.
Cekur:
1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.
2. Giling cekur tadi sampai lumat.
3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.
4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.
5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.
6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.
7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.
8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Petua menghaluskan dan menanggalkan daki di badan
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Petua 1
Bahan-bahan : daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.
Petua 2
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Petua banyakkan susu ibu
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Makan jantung pisang, dimasak lemak atau sekadar ulaman untuk memperbanyakkan susu ibu.
Mama..susu Mama sedaplah..
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Susahnya nak saya terangkan kepada orang dewasa betapa lazatnya susu mama. Rasanya manis tapi tak manis sangat. Kadang-kadang rasanya cair..emm sungguh menghilangkan dahaga.. kadang-kadang rasanya pekat.. sungguh mengenyangkan. Tapi saya nie cerewet orangnya.. saya suka minum sedikit demi sedikit tapi selalulah saya minta dengan mama nak minum susu. Tapi mama tak kisah..saya pun lagi suka sebab rasa sungguh selamat bila berada dalam dakapan mama. Lagi satu yang saya suka tentang susu mama.. bila diminum terasa suam-suam macam baru lepas dimasak, emm..sungguh segar. Kawan-kawan sekalian, minumlah susu mama masing-masing kerana nikmatnya tiada dapat diungkap dengan kata-kata. Terima kasih mama.
Tips Memutihkan bawah lengan
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Untuk mendapatkan bawah lengan yang lebih putih, gaulkan semangkuk hampas kelapa bersama air perahan limau nipis. Kemudian gosokkan pada bawah lengan anda ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Jika diamalkan selalu, anda akan melihat perubahannya dalam masa dua minggu. Selamat mencuba.
Teknik Mandi Sauna dalam Rumah Sendiri
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Mandi sauna atau bersauna sememangnya baik untuk kesihatan mental dan fizikal anda. Cuba anda bayangkan …, dengan hanya bersauna selama 15 minit, ia mampu membakar sebanyak 400 hingga 600 kalori. Bukan itu saja, ia turut membantu menyegarkan badan, melegakan stress, mencantikkan kulit, melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta mencairkan lemak dalam badan anda.
Namun begitu, kos untuk mandi sauna ni agak tinggi bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi kalau anda melakukannya di pusat-pusat kecantikan. Kalau nak beli set sauna di rumah tu pun harganya hampir mencecah RM500. Malah ada yang lebih mahal dari itu.
Sehubungan itu, jika anda ingin bersauna di rumah dengan kos yang lebih murah daripada itu, cubalah alternatif di bawah ini;
1. Sediakan bahan-bahan asas iaitu 10 batang serai wangi, 10 helai daun kunyit dan juga segenggam bunga melati.
2. Rebus kesemua bahan di atas (serai wangi, daun kunyit dan bunga melati) dalam periuk.
3. Selepas mendidih, anda tuangkannya ke dalam baldi.
4. Kemudian, selubungkan badan anda dengan kain selimut yang tebal bersama-sama dengan baldi berisi air rebusan tu tadi. Biarkan diri anda dalam keadaan ini selama 15 ke 20 minit.
Kalau anda tak tahan, mula-mula buat dalam 10 minit saja pun dah cukup. Bila dah biasa nanti, buatlah dalam 15 minit yer.
5. Dengan cara ini, wap dari air rebusan tersebut akan membuatkan badan anda berpeluh seperti bersauna dengan cara biasa.
Setelah selesai sessi ini, badan anda akan terasa ringan dan bertambah segar.
Selamat Mencuba!
Khasiat Air Beras
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga
10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Justeru, terdapat10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)
Minum petang (3.30 – 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP)
Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.
1.Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.
2.Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak
3.Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.
4.Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.
Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?
Selamat Mencuba!
Penyusuan ibu eksklusif enam bulan pertama
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Penyusuan ibu eksklusif enam bulan pertama - Mingguan Malaysia - 4 September, 2005
Penyusuan ibu eksklusif enam bulan pertama
Oleh: TAJAIYAH IHSAN
WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.
Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.
Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.
``Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'' ujar Dr. Jamiyah.
Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.
Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.
Dr. Jamiyah berkata, ``Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.''
Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.
Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.
Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat' pada 13 Ogos lalu.
Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.
Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.
Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:
``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.
Kelebihan susu ibu
* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).
* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu
* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
* mengelakkan pendarahan selepas bersalin
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.
Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.
``Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'' ujar Dr. Jamiyah lagi.
Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.
``Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.''
Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.
Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.
Proses pengeluaran susu
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.
Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.
Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.
Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.
Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.
Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.
``Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'' katanya lagi.
Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.
Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.
Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.
Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.
Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.
Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.
Tolak tanggapan negatif
Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.
Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.
Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.
Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.
``Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'' ujar Dr. Jamiyah.
Ingin Menjadi Jutawan Internet Seperti Irfan Khairi?
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009POLISI PENYUSUAN IBU KEBANGSAAN
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.
Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.
KOLOSTRUM: CECAIR BERNILAI EMAS
Posted by Rohana Rahmat at Tuesday, November 17, 2009Artikel ini adalah petikan dr susuibu.com
Ikuti hasil nukilan Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci. dan Kaunselor Laktasi bertajuk Kolostrum: Cecair Bernilai Emas
“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu – talu kepada Husna. Risau benar dia.
Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan – persoalan yang sering diajukan oleh ibu – ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.
Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:
"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.
Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.
Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit – penyakit tersebut.
Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)
Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.
Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).
Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?
Antara tips – tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari – hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips – tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.
Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.
Oleh:
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci
Hadis dari Rasulullah S.A.W
Ibu menyusukan anak adalah penting, tugas mulia dan tanggungjawab ibu.
Sabda baginda s.a.w :
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.
Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan memperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya).
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”
Even though non muslim medical doctors has written lots of value and benefits of breastfeeding, wanita Islam sejati tidak memerlukan dorongan dan penjelasan orang lain kerana Rasulullah s.a.w. telah menerangkannya untuk melakukannya sebagai amalan, kewajipan fitrah. Cuma sedikit masa untuk membaca, sekaligus menyebarkan dikalangan kaum ibu.
Nutrisi ketika menyusukan bayi
Menyusukan bayi menggunakan 500 kalori setiap hari. Kebanyakan tenaga ini diambil daripada simpanan lemak ketika ibu itu hamil. Justeru, kebanyakan wanita hamil mengalami pertambahan selera makan. Rasa lapar dan dahaga memang menjadi kelaziman dalam tempoh hamil.
Ibu menyusu bukan saja perlu mengisi pelan pemakanan mereka dengan makanan bernutrisi tinggi, tidak berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi saja. Keperluan pada protein, kalsium, folik dan vitamin C dan A juga perlu diberi perhatian. Keperluan ini harus diseimbangkan dengan pengambilan makanan yang sepatutnya.
Ibu menyusu juga harus minum air lebih daripada biasa dan mengelak daripada meminum teh, kopi atau minuman bersoda dan alkohol.
FAKTA
Kalori - Ibu yang menyusu memerlukan minimum 1,800 kalori sehari. Jika dia menyusukan bayi kembar, keperluan kalori itu bertambah. Selera ibu adalah panduan terbaik pada keperluan tenaga. Jika berat badan anda kurang antara satu ke empat paun dalam sebulan dalam tempoh menyusukan bayi, itu tandanya anda tidak menikmati makanan dengan secukupnya.
Wanita yang terlebih berat atau wanita yang berat badannya bertambah dengan banyak ketika hamil, mungkin boleh mengurangkan empat hingga enam paun dalam sebulan tanpa menjejaskan produksi susu untuk bayi. Tetapi menjadi kembali langsing dalam tempoh yang drastik sepatutnya dielakkan bagi ibu yang menyusukan bayi.
Protein - Keperluan protein bertambah ketika menyusukan bayi. Tetapi pastikan anda memasukkan pengambilan protein yang secukupnya. Protein harus ada dalam dua kali pengambilan makanan sehari. Daging, ikan, kacang, tofu, telur dan produk rendah lemak adalah sumber protein terbaik.
Kalsium - Keperluan kalsium ketika menyusukan bayi banyak tersimpan ketika hamil jika anda mengambil sekurang-kurangnya tiga atau empat makanan berkalsium setiap hari.
Cecair - Penghasilan susu badan memerlukan air. Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 cawan air setiap hari. Tetapi elakkan pengambilan minuman kafien kerana ia akan mengalirkan menerusi susu dan memberi kesan pada bayi.
Makan makanan atau snek secara tetap dan makan pelbagai makanan. Cuba masukkan senarai ini dalam diet anda setiap hari; susu, keju atau yogart, daging,ikan, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang harus dielak
Ada sesetengah orang percaya bawang putih, halia, buah citrus perlu dielakkan jika anda menyusu badan. Tetapi ada baiknya anda mendapatkan kepastian daripada doktor anda kerana ia mungkin mengurangkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
Minuman beralkohol akan menjejaskan susu badan membuatkan ia berubah bau yang akan memberi kesan pada bayi walaupun jumlah yang anda minum sangat kecil.
Disarankan untuk mengelak makanan yang boleh menimbulkan alahan jika anda berhadapan dengan masalah alahan.
Nutrisi terbaik daripada ibu
Susu ibu yang tidak boleh dipertikaikan adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan. Selain mengandungi antibodi, ia memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan dan pertumbuhan minda bayi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.
Banyak laporan dibentangkan menjelaskan keupayaan susu ibu yang diberi kepada bayi secara eksklusif membantu bayi kurang berhadapan dengan risiko sakit perut, jangkitan pada telinga, masalah pernafasan atau jangkitan kencing yang kebanyakannya berpunca daripada penyusuan botol.
Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.
Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.
Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.
Jenis susu ibu
Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
Rujukan: Berita Harian
RESIPI IBU MENYUSU
Sup Lobak Putih
Bahan-Bahan nye :
Sebatang lobak putih
4 ulas bawang merah
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar ikan bilis
Setengah cawan hirisan ayam
Sedikit minyak untuk menumis
500ml air
Cara-cara nye :
Bersihkan lobak & potong mengikut kesukaan anda.
Tumbuk lada hitam sehingga hancur.
Masukkan bawang besar & tumbuk sehingga lumat.
Masukkan ikan bilis & tumbuk kasar.
Panaskan periuk. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
Masukkan ayam & lobak, kacau sebati.
Masukkan air & garam secukup rasa. Masak lobak sehingga empuk.
Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan nye :
Sebiji jantung pisang
3 bj bawang merah
3 sudu kerisik
Setengah sudu belacan
3 sudu besar udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis
Garam secukupnya
Cara-cara nye :
Jantung pisang direbus sehingga empuk & dihiris halus.
Tumbuk bawang merah, belacan, udang kering & cili merah sehingga lumat.
Campurkan jantung pisan, kerisik serta bahan yang ditumbuk & gaul sehingga sebati.
Masukkan perahan limau nipis serta garam & gaul rata.
Bubur Oat Ayam
Bahan-bahan nye :
Secawan oat
Sedikit hirisan ayam
Lobak dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam dikisar
1 ulas bawang putih
Setengah biji bawang besar
Sedikit halia
Sesudu sos tiram
Garam secukupnya
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cara-cara nye :
Masukkan oat, air ayam, lobak, bawang putih, bawang besar, halia, sos tiram & garam ke dalam periuk.
Masak menggunakan api yang perlahan sehingga empuk.
Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & tambahkan lada hitam sebagai perasa.
Gejala bayi tak cukup susu & cara mengatasinya
Jangan risau kalau bayi tak berhenti menangis selepas bersalin. Dia bukan tak cukup susu tapi tak cukup hangat!
Tetapi jika anda dah BF selama 2-3 bulan dan mengalami masalah kekurangan susu, anda jangan risau. Banyak cara penyelesaiannya.Yang penting,, anda kena tahu konsep BF iaitu demand vs. supply.
Walau apa pun petua yang anda amalkan, MESTI kerapkan menyusu dan mengepam.
Di sini saya ingin berkongsi tips-tips membanyakkan susu yang saya amalkan selama ni..
1. Bebaskan diri dari stress!
Kadang-kadang bukan je stress bekerja atau stress jaga anak, kurang susu pun boleh buat stress melampau. Jadi jangan fikirkan tentang susu anda kurang atau anda tiada susu. Fikirkan macamana nak banyakkannya. Pastikan anda dapat rehat yang cukup!
2. Jangan lupa minum air!
Anda tak perlu minum 5 gelen sehari. Tapi jangan kurang dari 8 gelas sehari. Tapi ibu BF biasanya cepat haus dan lapar. Jadi, rasanya tak ada masalah tentang ni.
3. Ambil makanan penambah susu.
Tak perlu beli herba yang mahal-mahal. Cukup dengan apa yang ada di dapur anda seperti sayuran hijau, halba dan bawang putih.
4. Berurut.
Selain dari melancarkan urat susu, urutan badan juga memberikan kesegaran kepada badan. So, badan pun rasa sedap je. Kalau susu anda banyak sangat sampai melimpah, jangan pula jadikan tu masalah! Bagus kan susu banyak? Dah banyak tu jangan lupa buat stok ya!
Dah banyak ibu yg dapat manfaat daripada SusuSihat. Anda pula bagaimana?
Petua Penjagaan Wajah Dengan Sayur-Sayuran
Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut;
Daun Pegaga:
1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.
2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.
3. Campurkannya dengan sedikit air.
4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.
5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.
6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.
Lobak Merah:
Anda boleh melihat pada artikel lepas bertajuk Atasi Masalah Kulit Berkedut.
Terung Muda:
1. Ambillah sebiji terung muda.
2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.
3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.
4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.
Cekur:
1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.
2. Giling cekur tadi sampai lumat.
3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.
4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.
5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.
6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.
7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.
8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Petua menghaluskan dan menanggalkan daki di badan
Bahan-bahan : daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.
Petua 2
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Petua banyakkan susu ibu
Mama..susu Mama sedaplah..
Tips Memutihkan bawah lengan
Teknik Mandi Sauna dalam Rumah Sendiri
Namun begitu, kos untuk mandi sauna ni agak tinggi bagi sesetengah individu. Lebih-lebih lagi kalau anda melakukannya di pusat-pusat kecantikan. Kalau nak beli set sauna di rumah tu pun harganya hampir mencecah RM500. Malah ada yang lebih mahal dari itu.
Sehubungan itu, jika anda ingin bersauna di rumah dengan kos yang lebih murah daripada itu, cubalah alternatif di bawah ini;
1. Sediakan bahan-bahan asas iaitu 10 batang serai wangi, 10 helai daun kunyit dan juga segenggam bunga melati.
2. Rebus kesemua bahan di atas (serai wangi, daun kunyit dan bunga melati) dalam periuk.
3. Selepas mendidih, anda tuangkannya ke dalam baldi.
4. Kemudian, selubungkan badan anda dengan kain selimut yang tebal bersama-sama dengan baldi berisi air rebusan tu tadi. Biarkan diri anda dalam keadaan ini selama 15 ke 20 minit.
Kalau anda tak tahan, mula-mula buat dalam 10 minit saja pun dah cukup. Bila dah biasa nanti, buatlah dalam 15 minit yer.
5. Dengan cara ini, wap dari air rebusan tersebut akan membuatkan badan anda berpeluh seperti bersauna dengan cara biasa.
Setelah selesai sessi ini, badan anda akan terasa ringan dan bertambah segar.
Selamat Mencuba!
Khasiat Air Beras
10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Justeru, terdapat10 Rahsia Mudah Kuruskan Badan yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang)
Minum petang (3.30 – 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang – 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka
Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.
1.Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.
2.Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak
3.Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.
4.Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.
Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?
Selamat Mencuba!
Penyusuan ibu eksklusif enam bulan pertama
Penyusuan ibu eksklusif enam bulan pertama
Oleh: TAJAIYAH IHSAN
WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.
Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.
Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.
``Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'' ujar Dr. Jamiyah.
Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.
Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.
Dr. Jamiyah berkata, ``Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.''
Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.
Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.
Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat' pada 13 Ogos lalu.
Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.
Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.
Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:
``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.
Kelebihan susu ibu
* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).
* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu
* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
* mengelakkan pendarahan selepas bersalin
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.
Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.
``Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'' ujar Dr. Jamiyah lagi.
Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.
``Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.''
Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.
Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.
Proses pengeluaran susu
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.
Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.
Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.
Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.
Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.
Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.
``Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'' katanya lagi.
Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.
Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.
Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.
Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.
Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.
Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.
Tolak tanggapan negatif
Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.
Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.
Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.
Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.
``Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'' ujar Dr. Jamiyah.
Ingin Menjadi Jutawan Internet Seperti Irfan Khairi?
Labels: Ingin Jadi Jutawan Seperti Irfan Khairi?
POLISI PENYUSUAN IBU KEBANGSAAN
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.
Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.
KOLOSTRUM: CECAIR BERNILAI EMAS
Artikel ini adalah petikan dr susuibu.com